Tuesday, February 17, 2015

Resepi Chocolate Cake/Chocolate Moist


Resepi Chocolate Cake atau Chocolate Moist

Bahan A
100gm Serbuk koko
200ml cawan susu cair
200 ml minyak masak ( lyn guna minyak jagung)
200gm gula castor
100gm susu pekat manis

Bahan B
150gm tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Bahan Ganache Coklat
200gm coklat masakan
150 ml krim putar UHT

Cara Menyediakan

  • Masukkan bahan A ke dalam periuk dan panaskan hingga gula larut. Sejukkan.
  • Putar Bahan C hingga kembang. Masukkan bahan A dan gaul rata secara kaup balik.
  • Campurkan semua bahan B dan ayak. Masukkan ke dalam adunan bahan A dan C sedikit demi sedikit.
  • Tuangkan  adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang disapu minyak dan dilapik kertas minyak. Kukus selama sejam atau hingga masak.
  • Untuk membuat ganache coklat, masak coklat masakan dan krim putar secara double boiler.
  • Kemudian tuangkan ganache coklat ke atas kek. Hiaskan mengikut kreativiti.
Selamat Mencuba deng semua!


Kek Coklat tok kmk molah khas untuk birthday anak bujang kmk. So sik lah buang duit meli di kedai...Buat sendiri rasa puas hati gilak-gilak. 
Bagi kawan-kawan and relative yang mintak resepi dalam FB, toklah resepi nya. Selamat Mencuba geng2 semua!! 




Wednesday, January 21, 2015

HOMEMADE CHOCOLATE FOR DOOR GIFT

Sesuai untuk dijadikan Door Gift Perkahwinan, Pertunangan, Birthday Party, Annual Dinner or apa-apa majilis. Kalau Berminat, hubungi Saya di nombor yang tertera ye...
Terhad untuk area Sarawak aje...


200 Box ke bawah - RM 3.10/perbox 
201 - 300 Box - RM 3.00/perbox
500 Box ke atas - RM 2.80/perbox







200 Box ke bawah - RM 4.00/perbox
301 - 500 Box - RM 3.90/perbox
500 Box ke atas - RM 3.80/perbox

Sunday, January 4, 2015

Share Resepi - Chocolate Cheese Melty Versi Eve_Talim


Bahan-bahan;
250gm Cream Cheese (Saya guna tatura)
200ml Susu pekat
250ml Whipping cream (Saya guna Non Dairy Whipping cream), kebanyakan resepi mengunakan Anchor Creme...saya gunakan apa yang ada kat rumah.
Roti Marie (patah2kan atau tumbuk pun boleh)
Chocolate Hershey's (Boleh beli kat Supermarket)

Lain2 perhiasan;
Boleh guna Chocolate Chips, Cheddar Cheese, Blueberry or Strawberry Filling dan sbgnya...

Lihat antara bahan2 kat bawah ni bagi yang sik tauk supaya dapatlah carik or sikpun order jak senang cerita ^_^


Cara2 nya;
Putar cream cheese dan susu pekat hingga nampak bercream, lepas tu masukkan whipping cream dan putar lagi. Bila dah ready, bolehlah start proses menyusun...pastikan dah sediakan container. Roti Marie boleh tumbuk (jangan terlalu halus k) or patahkan ajak pun boleh juak.
1. Lapiskan 1-2 sudu lapisan cream cheese
2.Taburkan roti marie yang dah ditumbuk tadi
3.Tuangkan syrup Chocolate Hershey's/Blueberry Filling

Ulang lapisan hingga agak2 hingga 3/4 container.
Lapisan paling atas bolehlah letak parutan cheddar, chocolate chips, M&N chocolate dan sbgnya....
Jangan lupa bila dah siap, simpan overnight dalam peti sejuk k. 
Rasa enak macam ice-cream....

Tadaaa....dah siap dah








Selamat Mencuba....
Ibuh lupak comment and follow kmk k...Mun ada nak nanyak sila comment kat debah k.
*Ilham resepi - diambil dari sitok sia resepi dalam blog orang lain...


Saturday, January 3, 2015

Cream Puff





Cream Puff With Custard Filling
RM 40.00/50 Pcs



Cheese Tart





Cheese Tart
RM 15.00/10 Pcs
Minimum Order 20 Pcs

Oreo Chocolate With Edible Image


PerBox - RM 10.00/4 Pcs
Additional Charge for Ribbon - RM 1.00

LoliChoc With Edible Image & Praline Chocolate


Loli Choc With Edible Image
RM 2.50 PerPcs


18 Cavity Chocolate In Clear Box
RM 20.00/18 Pcs
Extra Charge for Ribbon - RM 1.00